HARI YANG SANGAT BERMAKNA BUAT DIRIKU....
Alhamdulillah hari ini merupakan penamat zaman remajaku dan kini ku telah melangkah ke alam dewasa yang kufikirkan akan lebih banyak cabaran yang bakal kutempuhi..Sungguh pantas masa berlalu. Tak ku sedari bahawa sudah 20 tahun Allah berikan aku nikmat Iman dan Islam yang tidak ternilai harganya. Mudah-mudahan aku tetap teguh pendirian, sentiasa tabah menghadapi setiap kesulitan yang mendatang. Takkan pernah ku lupakan segala kenangan pahit dan manis bersama keluarga, sahabat, teman dan kawan-kawan yang tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar kepada diri ini. Tanpa kalian semuanya tidak mungkin ana dapat mencapai tahap yang ana sekarang..Syukur alhamdulillah Allah kurniaan kalian dalam hidup ini....
0 ulasan:
Post a Comment