Tuesday, June 21, 2011

SURAT BUAT GADISKU


•.¸¸.•´¯`•..•´¯`•.¸¸.•.•.¸¸.•´¯`•..•´¯`•.¸¸.•.•.¸¸.•´¯`•..•´¯`•.¸¸.•



MALU itulah yang menjadi kata hikmat para nabi terdahulu seperti baginda SAW yang bermaksud : " Bila kau tidak malu, buatlah apa yang engkau mahu. " dengan kata lain, bila kau kehilangan sifat malumu, kau boleh melakukan apa sahaja yang kau mahu sekalipun kerja itu seberat-berat kerja dan sejahat-jahat perbuatan. 

BILA KAU TIDAK MALU... KAU BOLEH MEMBUANG SELURUH PAKAIANMU!! 

BILA KAU TIDAK MALU, KAU BOLEH MENYEBUT SECEMAR-CEMAR BAHASA!! 

BILA KAU TIDAK MALU, KAU BOLEH MELACURKAN SELURUH HIDUPMU, KELUARGAMU BAHKAN ZURIATMU!! 


Wai'iaazubillah! sebenarnya kau amat sedar tentang akibat orang yang kehilangan sifat malunya.. kasihan!! di dunia terhina, di akhirat merana.. 


WAHAI GADIS-GADIS.. 




PERTAMA:


˙·ู  ฦธ̵̡ำœ̵̨̄ฦท  Jadilah permata, bukan kaca atau emas bukan loyang atau sutera bukan benang. 


Diet yang pertama ini memerlukan bahan bahan mentah yang asli bukan tiruan. tentulah bahan-bahan asli terdiri daripada:-

1. IKHLAS HATI KEPADA ALLAH 

2. BERSIKAP BENAR DALAM SEGALA KEADAAN 

3. TETAP PENDIRIAN DALAM PERJUANGAN 

4. MENURUT JEJAK LANGKAH RASULULLAH SAW ATAU HIDUP DALAM LINGKUNGAN SYARA' 

5. SENTIASA REDHA DENGAN QADA' ALLAH. 

6. GIGIH BERIKHTIAR SEBELUM BERTAWAKAL/ BERSERAH DIRI 

7. MENINGGALKAN JAUH SEGALA SIFAT NIFAK ATAU KEPURA-PURAAN 


Apabila bahan itu di adun baik, pastinya kau kelihatan cantik seperti sebutir permata di tengah-tengah pepasir, bukan kaca yang bakal cair mengalir. biarlah pakaimu ditenun dengan TAQWA, biarlah gerak langkahmu di sulam dengan rendah diri sentiasa. 



KEDUA:
˙·ู  ฦธ̵̡ำœ̵̨̄ฦท  Jadilah ubat bukan penyakit, atau mawar bukan racun. 


Ramuan ubat tentulah bahan-bahan yang kebanyakkannya pahit atau sekuntum mawar tidak mudah dipetik namun, amat berguna. Ramuan ubat tersebut ialah: 


1.  SABAR YANG INDAH DALAM MENEMPUH MEHNAH/UJIAN.

2. BERSEDIA DITEGUR DAN DIKRITIK KERANA ORANG YANG BERLAPANG DADA ITULAH YANG AKAN MENINGKAT TINGGI.. 
wau yang tinggi ialah wau yang sanggup menempuh angin,bukan menurut angin. 

3. BANYAK MEMBERI BUKAN MENERIMA.. 
SUDAH TENTU SEBELUM MEMBERI PERLU MEMILIKI SEBAB ORANG YANG TIDAK PUNYA SESUATU TIDAK MAMPU MEMBERI SESUATU.. berkhidmat dahulu,hasil menyusul kemudian. 

4.  SENTIASA BERFIKIRAN BESAR DAN MENGATUR PERSEKITARAN MENJADI KELAS PERTAMA. 

5. BERTINDAK MENCARI KEJAYAAN DAN MENCIPTA PELUANG, BUKANNYA BERSEDIA MENCARI ALASAN UNTUK SEBUAH

KEGAGALAN. 

6. MEMBUANG TIGA SIFAT ORANG-ORANG KECIL SEJAUH MUNGKIN IAITU, MEMBUANG MASA, BANYAK MENGURUSKAN

HAL-HAL KECIL DAN SUKA BERTENGKAR DAN BERDEBAT. 


Semua ramuan diatas berupa SABAR, LAPANG DADA, BERKHIDMAT, BERFIKIR BESAR, BERTINDAK DAN MEMBUANG SIFAT ORANG-ORANG KECIL MERUPAKAN UBAT DAN MAWAR KEHIDUPAN CEMERLANG. 



KETIGA:
˙·ู  ฦธ̵̡ำœ̵̨̄ฦท  Jadilah penyuluh bukan pembunuh.. 


Nama resipi ini sudah cukup menggambarkan betapa menariknya kuah hidangan. Jernih tetapi berkilauan apabila tersentuh sedikit cahaya. Pantulan cahayanya kuat,mudah menerima sinar dan tembus oleh sinar itu. antara bahan yang diperlukan itu ialah: 

1. IBADAH SYAKSIYYAH 

2. NASIHAT DAN KATA HIKMAH 

3. BUDI PEKERTI MULIA DAN ADAB SOPAN BERHARGA 

4. PANDUAN SIRAH DAN HADIS-HADIS NABI SAW. 

5. PETUNJUK ALLAH YANG UTAMA IAITU AL-QURAN YANG MULIA. 


Adunan bahan-bahan itu menjadikan tenaga yang berkualiti, cas yang sentiasa hidup. sesiapa yang berada dalam kegelapan tentu memerlukan sinar cahaya maka, inilah sinarnya untuk menyuluh jalan hidup: AL-QURAN, HADIS,AKHLAK, NASIHAT dan IBADAH. Cubalah.... dan engkau wahai GADIS-GADIS akan jadi penyuluh .. kalau bukan penyuluh, maka yang lainnya tidak ada lagi selain PEMBUNUH....



SumbEr : hAmbA ALLaH yAng kErdiL LagI hInA (^_^)v

.¸¸.•´¯`..•´¯`.¸¸...¸¸.•´¯`..•´¯`.¸¸...¸¸.•´¯`..•´¯`.¸¸.

Read more...

Monday, June 20, 2011

BERJUANG TETAPI TIDAK IKHLAS??

                             

♫•*¨*•.¸¸๏ทฒ♥.♥๏ทฒ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸๏ทฒ♥.♥๏ทฒ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫


•♥•~♥ ุจِุณْู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ุง๏ทฒِุงู„ุฑَّุญْู…َู†ِ ุงุงุฑَّุญِูŠู… •♥•~♥


Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh...


BERJUANG TETAPI TIDAK IKHLAS?? 

¸•´¯`•.♥ Ramai orang yang berjuang. Tapi tidak seramai itu pula yang berjuang dengan ikhlas. Melalui interaksi dengan Kitabullah dan Nabi Muhammad saw., para sahabat amat memahami bahawa memurnikan (mengikhlaskan) orientasi dan amal hanya untuk Allah adalah suatu keniscayaan yang tidak dapat ditawar-tawar lagi.

¸•´¯`•.♥ Mereka meyakini sepenuhnya bahawa hal itu merupakan kunci untuk memperoleh pertolongan dan dukungan Allah dalam setiap pertempuran yang mereka terjuni, menghadapi musuh-musuh mereka, baik musuh dari dalam diri mahupun dari luar diri mereka.Mereka menghayati:-

Firman Allah swt.: “Tidaklah sepatutnya bagi penduduk Madinah dan orang-orang Badwi yang berdiam di sekitar mereka, tidak turut menyertai Rasulullah (pergi berperang) dan tidak patut (pula) bagi mereka lebih mencintai diri mereka daripada mencintai diri Rasul. Yang demikian itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan, dan kelaparan pada jalan Allah. Dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir, dan tidak menimpakan suatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal soleh. Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik.” [At-Taubah (9):120]

 ¸•´¯`•.♥ Para sahabat memahami hal itu dan mengaplikasikannya dalam diri mereka. Maka terlihat dalam perilaku mereka. Syadad bin Al-Hadi mengatakan, seorang Arab gunung datang kepada Rasulullah saw. lalu beriman dan mengikutinya. Orang itu mengatakan, “Aku akan berhijrah bersamamu.” Maka Rasulullah saw. menitipkan orang itu kepada para sahabatnya. 

¸•´¯`•.♥ Saat terjadi Perang Khaibar, Rasulullah saw. memperoleh ghanimah (rampasan perang). Lalu beliau membahagi-bahagikannya dan menyisihkan bahagian untuk orang itu seraya menyerahkannya kepada para sahabat. Orang itu biasa menggembalakan binatang ternak mereka. Ketika ia datang, para sahabat menyerahkan bahagiannya itu. Orang itu mengatakan, “Apa ini?” Mereka menjawab, “Ini adalah bahagianmu yang dibahagikan oleh Rasulullah saw.” Orang itu mengatakan lagi, “Aku mengikutimu bukan kerana ingin mendapatkan bahagian seperti ini. Aku mengikutimu semata-mata kerana aku ingin tertusuk dengan anak panah di sini (sambil menunjuk tenggorokannya), lalu aku mati lalu masuk syurga

.¸•´¯`•.♥ ”Rasulullah saw. mengatakan, “Jika kamu jujur kepada Allah, maka Dia akan mengizinkan keinginanmu.” Lalu mereka berangkat untuk memerangi musuh. Para sahabat datang dengan memapah orang itu dalam keadaan tertusuk panah di bahagian tubuh yang ditunjuknya. Rasulullah saw. mengatakan, “Inikah orang itu?” Mereka menjawab, “Ya.” Rasulullah saw. berkata, “Ia telah jujur kepada Allah, maka Allah memakbulkan keinginannya.” Lalu Rasulullah saw. mengkafaninya dengan jubah beliau kemudian mensolatinya. Dan di antara doa yang terdengar dalam solatnya itu adalah: “Allaahumma haadza ‘abdukakharaja muhaajiran fii sabiilika faqutila syahiidan wa ana syahidun ‘alaihi” (YaAllah, ini adalah hamba-Mu. Dia keluar dalam rangka berhijrah di jalan-Mu, laluia terbunuh sebagai syahid dan aku menjadi saksi atasnya).”(Diriwayatkan oleh An-Nasai)

¸•´¯`•.♥Anas Bin Malik ra. menceritakan bahawa seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw. seraya mengatakan, “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku orang hitam, buruk rupa, dan tidak punya harta. Jika aku memerangi mereka (orang orang kafir) hingga terbunuh, apakah aku masuk syurga?” Rasulullah saw. menjawab, “Ya.” Lalu ia maju dan bertempur hingga terbunuh. Ia lalu dibawa kepada Rasulullah saw. dalam keadaan sudah meninggal. Rasulullah saw. mengatakan, “Sungguh Allah telah membuat indah wajahmu, membuat harum baumu, dan membuat banyak hartamu.” Beliau kemudian melanjutkan, “Aku telah melihat kedua isterinya dari kalangan bidadari mereka berebut jubah yang dikenakannya. Mereka masuk antara kulit dan jubahnya.” (Diriwayatkan oleh Al-Hakim)

¸•´¯`•.♥ Begitulah para sahabat mempraktikkan ikhlas dalam perjuangan. Dan begitu pulalah seharusnya kita mempraktikkannya. Dan jika ada niat yang tidak jelas dalam jiwa selain keikhlasan, maka hendaknya kita ingat hal-hal berikut ini:

♥♥♥ Pertama, bahawa Allah mengawasi, mengetahui, mendengar, melihat kita. Firman-Nya: “Dan Dialah Allah (Yang Disembah), baik di langit mahupun di bumi; Dia mengetahui apa yang kamu rahasiakan dan apa yang kamu lahirkan; dan mengetahui (pula) apa yang kamu usahakan.” [Al-An'am (6): 3]Katakanlah: “Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui.”Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. [Ali Imran (3): 29]

♥♥♥ Kedua, bahawa orang yang riya (ingin dilihat orang) atau sum’ah (ingin didengar orang) dalam beramal akan dibongkar oleh Allah semenjak di dunia sebelum di akhirat. Dan mereka tidak mendapatkan bahagian dari amal mereka selain dari apa yang dinginkannya.Rasulullah saw. bersabda, “Siapa yang ingin (amalnya) didengar orang, maka Allah akan membuatnya di dengar; dan siapa yang ingin (amalnya) dilihat orang, maka Allah akan membuatnya dilihat orang.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim) 

♥♥♥ Ketiga, bahawa kekalahan yang diderita kaum Muslimin dewasa ini adalah akibat kezaliman kita sendiri. Firman-Nya: “Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.” [Yunus (10): 44]

♥♥♥ Keempat, bahawasanya ketidakikhlasan menghancurkan amal, besar mahupun kecil. Dan dengan demikian bererti kita telah membuat perjuangan kita bertahun-tahun sia-sia belaka. Allah swt. berfirman: “Dan sesungguhnya telah merugilah orang yang telah melakukan kezaliman.” [Thaha (20): 111].“Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu(bagaikan) debu yang berterbangan.” [Al-Furqan (25): 23]DanRasulullah saw. bersabda, “Aku benar-benar mengetahui orang-orang dari umatku yang datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan-kebaikan seperti gunung Tihamah. Lalu Allah menjadikannya bagaikan debu yang tertiup angin.”Tsauban berkata, “Wahai Rasulullah, terangkanlah sifat mereka kepada kami agar kami tidak seperti mereka, kerana kami tidak mengetahui mereka.” Rasulullah saw. menjelaskan, “Mereka adalah termasuk saudara-saudara kamu dan seperti kulitmu. Mereka menggunakan waktu malam seperti yang kamu lakukan, akan tetapi mereka adalah orang-orang yang jika berhadapan dengan larangan-larangan Allah mereka melanggarnya.” (Riwayat Ibnu Majah) 

♥♥♥ Kelima, orang-orang yang beramal bukan kerana Allah adalah orang yang pertama dibakar untuk menyalakan neraka. Dalam hadits panjangnya, Rasulullah saw. menjelaskan nasib tiga kelompok manusia yang celaka di hari akhirat kerana beramal dengan riya.

♥♥♥ Keenam, orang-orang yang riya’ akan menjadi teman syaitan pada hari kiamat di dalam neraka jahanam. Mereka kekal di dalamnya.

Cukuplah bagi kita kisah Quzman, seperti yang diterangkan oleh Qatadah –semoga Allah meredhainya.Beliau menjelaskan, “Di antara kami ada orang asing dan diketahui siapa dia. Ia dipanggil Quzman. Adalah Rasulullah saw. setiap disebut namanya selalu mengatakan bahawa dia termasuk penghuni neraka. Saat terjadi Perang Uhud, Quzman terlibat dalam pertempuran sengit sampai berhasil membunuh lapan atau tujuh orang musyrik. Memang dia orang kuat. Lalu ia terluka lalu dipapah ke rumah Bani Zhufr. Beberapa lelaki dari kaum Musliminmengatakan kepadanya, ‘Demi Allah, engkau telah diuji hari ini, hai Quzman,maka berbahagialah.’ Quzman menjawab, ‘Dengan apa aku bergembira. Demi Allah sesungguhnya aku berperang tidak lain kerana membela nama kaumku. Jika bukan kerana hal itu aku tidak akan turut berperang. Ketika merasakan lukanya semakin parah, ia mencabut panah dari tempatnya lalu bunuh diri.” (Al-BidayahWan-Nihayah, Ibnu Katsir)


¸•´¯`•.♥ Marilah kita bersama ingatkan jiwa kita dengan peringatan-peringatan tersebut agar dalam bergerak, berjuang, dan berkorban (tadhhiyah) senantiasa ikhlas kerana Allah.

 Sumber : www.iluvislam.com

♫•*¨*•.¸¸๏ทฒ♥.♥๏ทฒ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸๏ทฒ♥.♥๏ทฒ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫

Read more...

PADAMU KU PANJATKAN KESYUKURAN


Subhanallah, Maha Suci Allah yang telah membangunkan aku dari tidurku dan telah menghidupkan aku dari matiku pagi ini, yang denganNya masih sempat kuhirup udara segar kehidupan ini sementara sebahagian makhluk telah sampai janjinya untuk kembali kehadapan Sang Khalik. Dengan NamaMu Ya Allah aku berniat melakukan seluruh kegiatan hari ini dengan niat ibadah dan mencari keredhaanMu, bimbinglah aku dalam setiap tindakan dan fikiran ku agar selalu ingat akan batas-batas yangtelah engkau gariskan.



Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah atas semua nikmat dan pemberian yang Engkau limpahkan. Yang dengannya aku masih dapat menguntumkan seulas senyuman ungkapan kedamaian sementara yang lain menekuk muka dan menampilkan kekusutan kerana terperangkap oleh jaring-jaring dunia yang penuh tipuan. Sesungguhnyalah tidak akan ada satu alat penghitung apapun yang akan sanggup menghitung nikmat dan pemberianMu dimuka bumi ini, masih tetapkah kita bertahan dengan segala keangkuhan untuk tidak mahu bersyukur kepadaNya?

Laa ila ha illallah, tiada Tuhan Yang wajib Disembah selain Allah, pengakuan yang tulus dari seorang hamba kepada Sang Khalik Sang Maha Pencipta, yang dengan semangat tauhid yang ditimbulkannya tersingkirlah segala ketakutan, kekhuatiran dan kebimbangan. Dengannya sirnalah semua keangkuhan, terkikis habis kesombongan, hancur lebur keangkara-murkaaan dan sewenang-wenangan, tidak ada lagi penghambaan kerana yang Hak adalah Engkau Ya Allah.

Allahu Akbar,  Maha Besar Allah yang telah menciptakan segala sesuatu yang tidak akan pernah terjangkau oleh ilmu dan fikiran segala makhluk, yang dengan keyakinan akan kebesaranNya menyingkirkan duri–duri penusuk dan kerikil-kerikil yang menghambat roda kehidupan dalam kebenaran. Adakah lagi sesuatu yang lebih Besar dan yang perlu aku agungkan selain Engkau? Sungguh jauhkanlah sifat kerdil diriku terhadap tipuan-tipuan syaitan dan dunia ini Ya Allah. Yakinkan diriku, tanamkan kebanggaan padaku bahawa aku adalah keturunan hambaMu yang Engkau ciptakan dengan sebaik-baik kejadian.

Subhanallah, Maha suci Allah yang telah membimbingku untuk tetap istiqamah dijalanNya. Dengan Rahman dan RahimMu telah Engkau bukakan mata hati ini untuk memimpin tubuh lemah ini agar tetap berjalan di jalanMu. Maha Suci Engkau Ya Allah yang telah membukakan pintu hati ini kejalan yang telah Engkau gariskan.

Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah yang telah memberikan tempat berkarya di tempat terpencil ini dikelilingi hutan belantara dan ancaman nyamuk malariayang engkau batasi dengan hamparan samudera luas namun dengan Rahman dan RahimMu, Engkau kuatkan kami untuk dapat memenuhi panggilan azan Sholat JumaatMu. Engkau anugerahkan kami untuk kembali memperbaharui tauhid dan keimanan. Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah yang telah mengurnai pendengaran ini yang dengannya kami merasakan sendu dan dan kerinduan terhadapMu dikala mendengarkan kumandang bilal dibelantara rimba ini sementara manusia-manusia kafir yang engkar kepadaMu mengelilingi kehidupan kami.

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah yang memberi kami kemudahan untuk berkumpul dalam menyembahmu sementara sebahagian dari kami yang harus memikul tugas di tengah hiruk-pikuk dunia ini entahkan dapat melaksanakan Jumaat ini atau mungkin telah engkau butakan mata hati mereka untuk menyambut seruanMu.

Laa ila ha illallah, Tiada sesuatu yang patut disembah kecuali Allah, dengan berpegang kepada kalimah tauhid ini ya Allah, hilang semua ketakutan dan tiada satupun yang dapat menaklukkan langkah yang kami ayunkan, tidak si boss atau supervisor, tidak penyakit atau pun ancaman. Laa ila ha illallah, tiada sesuatu yang kami takuti kecuali azab dan murka Allah, Laa ila ha illallah, tiada sesuatu pun yang dapat memberikan erti dalam hidup ini kecuali Allah.

Allaahu Akbar, Maha Besar Engkau Ya Allah  tiada yang lebih membanggakan dan membesarkan erti kami dari pada pengakuan Syahadat atas Mu dan RasulMu, Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam makhluk yang paling Engkau tinggikan darjatnya diantara manusia-manusia yang terdahulu mahupun yang akan datang.

Sahabat,Betapa banyak ragam dan kehidupan kita sehari-hari yang masing-masing harus kita lalui penuh dengan suka, duka, keberhasilan, kegagalan, pedih menyakitkan bahagia dan keceriaan.

Tetapi kita sering lupa dan terlalai dengan segala keasyikan itu untuk mengingati siapakah yang berada dibelakang semuanya itu.

Berapa minitkah waktu yang telah kita luangkan dalam putaran hari yang berputar selama 24 jam untuk bertafakkur dan sejenak merenungkan semua yang melingkari hidup dan kehidupan ini?

Sahabat,Tidakkah kita mahu mengambil keuntungan yang sangat besar yang ditawarkan dan dihidangkan di depan mata? Apakah kita termasuk orang-orang bodoh yang menolak hadiah besar yang telah disiapkan hanya kerana kelalaian yang seharusnya tidak perlu terjadi.

Marilah kita meraih keberuntungan ini dengan memperbanyak mengingatiNya, bukankah itu tidak akan mengganggu dan mengurangi waktu kerja ataupun kesibukan,kerana zikrullah (mengingat Allaah dapat dan memang sudah seharusnya kita lakukan selama 24 jam sehari dengan tanpa menyita dan mengambil waktu khusus). InsyaAllah waktu atau jam kerja yang kita anggap sangat berharga itu tidak akan berkurang atau hilang dengan mengingatiNya. Mari kita mulai belajar bersama membiasakan diri untuk selalu dalam zikrullah. Bukankah zikrullah tidak harus dilaksanakan dengan ucapan lidah semata...!!!

Sahabat,Sejenak kita segarkan kembali keimanan kita dengan menghayati beberapa ayat danhadith di bawah ini :

"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu),supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu danjanganlah kamu kufur (akan nikmatKu)." Q.S Al-Baqarah : 152

"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka." Q.S Ali Imran : 191

"Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah sertasebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya." Q.S Al Ahzaab : 41

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan diapada hari kiamat dalam keadaan buta." Q.S Taha : 124

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." Q.S Ar-Ra'd : 28

Dan mari kita renungkan dua dari sekian banyaknya Hadith Rasulullah SAW:

Nabi SAW bersabda yang ertinya; "Sesungguhnya Allah Azza wa-Jalla berfirman, 'Aku beserta hamba-hamba-Ku selagi dia mengingat-Ku dan kedua bibirnya bergerak-gerak menyebut-Ku."  HR Ahmad dan Ibnu Majah

Dalam hadith yang lain beliau bersabda; "Tidaklah segolongan orang mengingat Allah, malainkan para malaikat menghormati mereka, rahmat menyelubungi mereka, ketenangan turun kepada mereka, dan Allah mengingat mereka bersama orang-orang yang ada di sisiNya." HR Muslim dan At-Tirmizi

Begitu banyaknya Ayat dan Hadith shahih tentang zikir ini, marilah kita mulaimerenungkan, menghayati dan melaksanakannya.

InsyaAllah, antum mempunyai waktu untuk membuka Al Quran dan silalah membuka ayat-ayat Allah tentang zikir pada ayat-ayat tersebut dibawah ini :

Keutamaan Zikir :Al-Baqarah : Ayat 152, 156, 185, 198, 203Al-Anfaal : Ayat 45At-Taubah : Ayat 112Ar-Ra'd : Ayat 28Al-Kahfi : Ayat 24Taha : Ayat 34An-Nuur : Ayat 37Al-Ankabuut : Ayat 45Al-Ahzaab : Ayat 21, 35Al-Jumu'ah : Ayat 10Al-Munafiquun : Ayat 9Al-A'laa : Ayat 15

Berbanyak Berzikir :Al-Baqarah : Ayat 200Ali Imran : Ayat 41An-Nisaa' : Ayat 103Al-Anfaal : Ayat 45Taha : Ayat 33, 34, 130Al Hajj : Ayat 40Asy-Syu'araa' : Ayat 227Al-Ahzaab : Ayat 21, 35, 41Al-Jumu'ah : Ayat 10

Zikir Yang Paling Baik :Ar-Ra'd : Ayat 28Al-Kahfi : Ayat 46Maryam : Ayat 76

Mudah-mudahan bermanfaat, dan mohon dimaafkan kalau terdapat kejanggalan dan kesalahan.

Wallahu'alam Bisshawab

Sujud aku di kakiMu Bersimpuh dalam lautan doa Laa ilaaha illallaahMemuja namaMu Pada zikir-zikir tanpa batas...

Hamba Allah (^_^)

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"sEsUnggUhnYa bErjAyALaH OrAng yAng sEteLaH mEnErImA pErIngaTaN ItU bErUsAhA mEmbeRsIhKAn dIrInyA dEngAn taAt & AmaL sOLeH DaN mEnyEbUt-nYebUt dEngAn LidAh
& hAtInyA AkAn NaMa TuhAnnYa sErTa mEngErjAkAn sOLaT. TetApI kEbaNyaKaN kAmU uTaMaKaN kEhIdUpAn dUnIa pAdAhAL kEhIdUpAn AkhIrAt LebIh bAiK dAn LebIh
kEkaL" (Al-A'Laa 14-17)


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP