Saturday, August 7, 2010

Matlamat Hidup Manusia



Saban hari saya melihat masyarakat di sekeliling saya mempunyai banyak masalah sosial, masalah keperibadian dan masalah jiwa serta agama manakala saya pula berada di pejabat sibuk menyelesaikan masalah teknikal di negara orang lain. Jadi terdetik rasa bersalah.

" Kenapa saya tidak boleh melakukan sesuatu untuk merubah? "

Pernah saya terfikir untuk menjadi artis kerana saya rasa saya boleh menyanyi. Dengan menyanyi itu saya boleh mendekati masyarakat untuk menterbalikkan cara pemikiran mereka tetapi saya tidak berani untuk melangkah ke mana-mana ujibakat. Lalu saya memilih untuk menulis saja memandangkan penulisan bukan bidang saya maka saya menulis sekadarnya dengan harapan orang memahami maksud penulisan saya.

Itu objektif penulisan saya ini iaitu menyampaikan rasa hati. Semua benda mempunyai tujuan kewujudannya hatta seekor semut sekalipun. Apatah lagi perkara paling besar untuk setiap manusia iaitu kehidupan. Objektif hidup kita dan objektif tulisan ini bukan secara kebetulan adalah sama dan serupa.

Oleh kerana kehidupan kita bukan kehendak kita, bukan pilihan kita, bukan perancangan kita tetapi perancangan Tuhan maka objektif kehidupan kita ditentukan bukan oleh kita sendiri tetapi ditentukan oleh penciptanya iaitu Tuhan. Namun, tidak sukar untuk mengetahuinya kerana Tuhan telah meletakkan objektifnya di dalam diri kita hanya tinggal untuk diri kita mencarinya.

Objektif hidup setiap manusia adalah sama. Matlamatnya bukan untuk beribadat, bukan untuk Tuhan, bukan untuk pahala, bukan untuk syurga tetapi untuk bergembira. Saya tahu saya kedengaran menyalahi agama namun jangan cepat menghukum saya kerana saya pasti akan terangkan semua perkara ini.

Ya, Tuhan mencipta seluruh penciptaannya agar manusia itu BERGEMBIRA.

Seorang muslim berkata kepada saya ;

" Hidup dan mati muslim adalah untuk Allah. Bukan untuk bergembira berseronok sampai lalai daripada menunaikan ibadat."

Begitulah kata ‘sahabat' saya itu.

" Oh, solat itu tidak menggembirakan rupanya? "

Dahulu kita sering diajar oleh para motivator untuk memiliki cita-cita, iaitu objektif hidup. Terdapat pelbagai cita-cita di dalam setiap fikiran berdasarkan latar belakang masing-masing. Kebanyakan pelajar, cita-citanya yang wujud dalam bentuk pekerjaan seperti doktor, guru, perdana menteri kerana seringkali cita-cita dikaitkan dengan profesion. Orang dewasa pula, cita-citanya mungkin untuk memiliki tiga buah banglo, menunaikan haji, memiliki isteri atau suami dan memiliki pernigaan menguntungkan.

Saya rasa selepas ini saya perlu ke rumah orang-orang tua pula untuk bertanyakan cita-cita mereka. Pasti menarik. Walaupun berbeza semua cita-cita itu sebenarnya ialah jambatan-jambatan kepada satu perkara yang sama. Ya, kebahagiaan. Lebih tepat lagi, kebahagiaan itu memberikan rasa apa? Rasa gembira.

Berbalik kepada perkara yang 'sahabat' saya katakan tadi.

" Kalau hidup dan mati awak kerana Allah, tidakkah ini membenarkan saya bahawa objektif hidup ini ditentukan Allah? Kalau objektif ini ditentukan oleh Allah, bermakna Allah bukan objektif hidup kita. Tak cukup rasional? Kalau objektif hidup manusia untuk Allah, tidakkah itu bermakna Allah berkehendakkan sesuatu daripada manusia? Bukankah itu sudah menyalahi sifat-sifatNya? "

Maka lebih tepat untuk kita katakan hidup ini untuk beribadah. Diciptakan manusia itu untuk beribadah. Di sini perkataan ‘ibadah' itu pula mempunyai definisi yang luas. Bukan semata-mata ibadah khusus tetapi setiap perbuatan atau amalan muslim adalah ibadah.


" Jadi sekiranya ibadah itu luas pengertiannya maka di mana hadnya? "

" Sudah tentu perbuatan jahat atau mungkar bukan lagi ibadah, kan? "

" Atau bolehkah kalau saya katakan, semua perkara yang muslim lakukan untuk menyenangkan hatinya (bergembira) dan juga menyenangkan hati (menggembirakan) muslim-muslim yang lain adalah ibadah? "

" Makan untuk menyenangkan perut sendiri dan mendapatkan tenaga untuk membantu muslim lain adalah ibadah. Berkerja untuk menyara diri dan keluarga dan memberi tenaga kerja untuk muslim lain adalah ibadah. Solat untuk menenangkan hati sendiri agar dapat menenangkan pula hati muslim lain semasa muamalat harian adalah ibadah. Nahi mungkar (melarang perkara yang menyakiti orang lain), amar makruf (menggembirakan orang dan menyuruh orang menggembirakan orang lain) adalah ibadah. Bukankah ibadah-badah ini yang akan menjadikan bumi ini syurga yang dipenuhi senyuman, gelak ketawa, ketenangan, persahabatan, keharmonian, kasih sayang, cinta dan ruh-ruh syurgawi? "

Inilah pendapat saya. Tuhan mahukan sesuatu yang sesuai dengan penciptaanNya yang cantik, indah dan sempurna.

Maka ibadah itu bukan objektif tetapi ianya adalah cara-cara untuk mencapai objektif akhir iaitu kegembiraan atau kebahagiaan kepada semua.


Ada juga muslim berkata dengan penuh semangat ;

" Hidup saya untuk berjihad di jalan Allah, untuk menghapuskan semua kafir laknatullah. "


" Apakah yang lebih buruk daripada seorang muslim munafik, hidup dengan nafsu amarah dan minda tertutup berjaya menakluk sebuah negara bukan Islam yang hidup aman damai dengan nilai-nilai kemanusiaan, sivik, moral dan keilmuan yang tinggi? "


" Saudara, jihadlah untuk diri sendiri dahulu, dan ketahuilah tujuan jihad untuk menyebarkan rahmat, bukan agama. "

" Saya yakin pasti ada yang terperanjat. Bukankah dakwah Rasulullah menyebarkan agama? Agama Islam? ".


Dakwah Rasulullah menyebarkan rahmat, keamanan, ketamadunan dan ilmu yang tinggi, bukan Islam. Kerana itu di Madinah ketika di bawah pemerintah Rasulullah masih ada kaum Yahudi, masih ada penganut Kristian, ahli-ahli kitab dan agama-agama lain.

Fahami maksud saya, dakwah kita (muslim) untuk menyebarkan objektif kehidupan tuntutan Tuhan iaitu Dia mahukan makhluk-makhlukNya hidup gembira (rahmatan lil ‘alamiin). Dan untuk tujuan itu, kita mencadangkan caraNya yang diredhai Allah yakni Islam. Rasulullah tidak pernah memaksa penduduk bumi memeluk Islamkerana baginda menghormati hak setiap individu, supaya tindakan yang timbul itu datang daripada hati dan bukannya bukan paksaan.


" Tiada paksaan di dalam beragama, bukan? "

" Namun, sekiranya seorang penduduk Madinah mencuri, Rasulullah akan menghukumnya tanpa mengira agama tetapi kerana perbuatan mencuri itu adalah kezaliman. Tidakkah ini jelas? "

Sebarkan kegembiraan dan sesuaikan dengan kepercayaan saudara, berhujahlah, cadanglah cara-caranya iaitu Islam. Benar, Islam itu adalah cara atau prinsip bukan tujuan hidup.


" Kenapa perlu ada agama? Untuk apa Islam ini? "


Sudah jelas kalau saya mahu hidup gembira, jiran saya juga mahukan kegembiraan, keluarga saya, rakyat-rakyat di negara saya, malah semua mahu gembira. Tidak pernah ada manusia mahu hidup yang berduka.

Kalaulah satu kegembiraan itu umpama seketul emas, adakah anda ;

A. sanggup untuk membahagikannya atau;
B. mengambil ketul emas itu untuk awak seorang?

Adanya agama, atau mana-mana agama adalah untuk memastikan semua manusia memilih jawapan A. Tuhan mahu kita membahagi-bahagikannya kerana Tuhan tidak pilih kasih, Tuhan maha adil, maka ya, kita kena bahagi-bahagikan kegembiraan kita dengan semua kerana itulah Tuhan memberikan agama iaitu cara-cara atau lunas-lunas untuk hidup dengan betul.

Akan tetapi, dengan hukum feqahnya, tasawwufnya, tauhidnya, hukum syariahnya, malah dengan perbahasan-perbahasan yang kompleks itu agama Islam seringkali tampak menyusahkan dan bukannya lagi menggembirakan di mata anak muda sekarang.

Semakin berkembang penglibatan anda di dalam muamalat semakin berkembanglah ke'kompleks'an agama itu untuk anda kerana anda perlu menganggarkan kegembiraan ramai manusia yang lain-lain kehendak hatinya.

Rumusan di sini, laraskan kembali tujuan hidup. Hidup ini untuk bergembira. Dunia ini diciptakan sebegini indah untuk anda menikmatinya. Maka, gembirakan diri anda. Pada masa yang sama jangan biarkan kehendak anda untuk bergembira meragut kegembiraan orang lain yang mempunyai perasaan sama seperti anda. Maka cubalah hidup berdisiplin dengan disiplin yang menggembirakan iaitu Islam.

Akhlak paling mulia seorang manusia ialah, kegembiraan saudara-saudaranya diletakkan di hadapan kegembiraan sendiri. Aajaibnya seorang hamba Allah yang beriman ini, dengan menyaksikan orang lain bergembira, dia akan gembira. Andai dia mengetahui saudaranya berduka, dia akan lebih berduka dan berusaha untuk menghapuskan duka saudaranya itu walaupun dia terpaksa bergadai nyawa. Oleh kerana hatinya amat dekat dengan Tuhan, dalam perjuangan membela saudaranya itu, dia sebenarnya sedang bergembira dengan kegembiraan yang sukar difahami oleh orang kebanyakan.

Orang Islam pasti tahu siapa yang saya maksudkan. Ya, Rasulullah pejuang keadilan. Baginda sanggup bergadai nyawa untuk menghapuskan kebatilan. Baginda jelas sekali mahu melihat semua manusia tidak kira siapa bahagia dan gembira. Meskipun perjuangan baginda dipenuhi ranjau duka, Rasulullah adalah insan yang paling banyak dan paling manis senyumannya.

Sumber : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2832


Read more...

DARI SAHABAT UNTUK SAHABAT



Apabila bersahabat, diri sendiri dan sahabat harus mempunyai tanggungjawab dan punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita dan sahabat saling boleh menerima gurauan. Oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jangan terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat dengan sahabat seperti tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif seperti gaji, kenaikan pangkat dan hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan dan keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Jangan membuat muka belagak dan sombong, atau menghentak-hentakkan kaki dan barang apabila kita membuat kesalahan supaya kesalahan itu dapat menutup kesalahan kita.

8. Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulu tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

9. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu ‘busy body’ dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikirkan kesannya kepada sahabat kita.

10. Menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat. Beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan dan kita hanya menyekat perhubungan dengan insan lain.

11. Jika salah seorang marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jangan dibalas, berdiam dan tunggu hingga dia reda dan sejuk. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap orang ada lautan hati yang pasang surut.

12. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar dan angguk. Itu lebih baik daripada membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

13. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita.
Contohnya : kekayaan, kecantikan dan sebagainya.Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurnia oleh Allah S.W.T.

14. Jagalah hati sahabat sebagaimana kita mahu sahabat kita menjaga hati kita. Kalau kita pandai menjaga hati orang lain, begitulah sebaliknya orang lain akan lakukan kepada kita dan begitulah sebaliknya.

Cuba periksa diri kita,
adakah hari ini kita merupakan sahabat yang baik untuk sahabat kita. Atau hari ini kita dapati sahabat kita makin menjauhkan diri dari kita? Tepuk dada tanya IMAN...........


Rasulullah S.A.W bersabda : “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.”

Apabila seorang bertanya :-“Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?”

Rasulullah S.A.W bersabda :-“Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Read more...

::: Doa Untuk Kekasih :::

"Ya Allah.... Seandainya Telah Engkau Catatkan...........
Dia Milikku Tercipta Buatku...............
Satukanlah Hatinya Dengan Hatiku...........
Titipkanlah Kebahagian Antara Kami...........
Agar Kemesraan Itu Abadi...........


Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi.......
Seiringkanlah Kami Melayari Hidup Ini .........
Ketepian Yang Sejahtera Dan Abadi........
Tetapi Ya Allah..........
Seandainya Telah Engkau Takdirkan.............
Dia Bukan Milikku..............
Bawalah Ia Jauh Dari Pandangan Ku..........
Luputkanlah Ia Dari Ingatanku.........
Dan Peliharalah Aku Dari Kekecewaan............

Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti........
Berikanlah Aku Kekuatan...........
Melontar Bayangannya Jauh Ke Dada Langit...........
Hilang Bersama Senja Nan Merah............
Agarku Bisa Bahagia..............
Walaupun Tanpa Bersama Dengannya............


Dan Ya Allah Yang Tercinta...........
Gantikanlah Yang Telah Hilang..........
Tumbuhkanlah Kembali Yang Telah Patah.........
Walaupun Tidak Sama Dengan Dirinya..........


Ya Allah Ya Tuhanku............
Pasrahkan Lah Aku Dengan Takdirmu.............
Sesungguhnya Apa Yang Telah Engkau Takdirkan.......
Adalah Yang Terbaik Buatku.............
Kerana Engkau Maha Mengetahui...........
Segala Yang Terbaik Buat Hamba Mu Ini..........


Ya Allah..............
Cukuplah Engkau Sahaja Yang Menjadi Pemeliharaku.......
Di Dunia Dan Di Akhirat..........
Dengarlah Rintihan Dari Hamba Mu Yang Daif Ini......
Jangan Engkau Biarkan Aku Sendirian.........
Di Dunia Ini Mahupun Di Akhirat.........
Menjuruskan Aku Kearah Kemaksiatan Dan Kemungkaran...........
Maka Kurniakanlah Aku Seorang Pasangan Yg Beriman.............
Supaya Aku Dan Dia Sama2 Dapat Membina Kesejahteraan Hidup..........
Ke Jalan Yang Engkau Redhai.....
Dan Kurniakanlah Padaku Keturunan Yg Soleh.....

AMIN...Ya Rabbal A'lamin. .

"

Read more...

::: freNz :::

"fReN... iz A tisSue wHen yOu cAn't sTop cRying fReN...

iz A shOuldEr whEn yoU feEl likZ dYing fReN...

iz alWays liSteNs wHen yOu hAve soMethiNg tO sAy fReN...

iz A weEk whEn yoU neEd a dAe fReN...

iz a cRutCh wHen yOu haVe A brOkenHeart fReN...

iz sOme glUe whEn evErythiNg faLl aParT fReN...

iz A sUn wHen thE rAin jUst wOn'T sTop fReN...

iz yOur mOm whEn yoU ruN inTo A coP fReN...

iz A pHone caLl wHen yOu cAn'T lEave yoUr hOme fReN...

iz A haNd whEn yoU feEl aLl aLonE fReN...

iz a WinG iF yOu wAnt tO fLy fReN...

iz uNdeRstaNd wiThoUt kNowinG wHy fReN...

iz An eaR fOr a sEcreT tO teLl fReN...

iz aN aSpiriN wHen yoUr hEad huRts liKe heLl fReN...

iz a lOve tHat cAn nEver leT gO fReN...

iz yOu N i wAnteD yoU tO kNow

Read more...

TentaNg waKtu

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.

Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.



Read more...

Kata-kAta unTuk saHAbat

" Ambilah Masa UnTuk Memahami HaTi Dan Perasaan Kawan,
Kerana Dia Juga,Seorang Manusia; Dia Juga Ada Rasa TakuT,
Ada Rasa Bimbang,Sedih Dan Kecewa,Dia Juga Ada Kelemahan Dan
Dia Juga Perlukan Kawan Sebagai KekuaTan.
KiTa SeLalu MelihaT,Dia KeTawa,TeTapi Mungkin Sebenarnya Dia Tidak SeTabah Yang KiTa Sangka"

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita."

"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,
cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya"

"Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan."

"Tanda-tanda sahabat yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain."

"Semulia-mulia sahabat ialah sahabat yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka"

"Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia,
cukup cubaan untuk membuat kamu kuat,
cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya,
dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan."


Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak,tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.

"Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun ,dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya”

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya."

"Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama.Keikhlasan seorang sahabat itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."

"Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu diabaikan orang."

"Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -Goethe"

"Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu."

"Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya,tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi."

"Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan.Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia."



Read more...

Friday, August 6, 2010

HARI YANG SANGAT BERMAKNA BUAT DIRIKU....



Alhamdulillah hari ini merupakan penamat zaman remajaku dan kini ku telah melangkah ke alam dewasa yang kufikirkan akan lebih banyak cabaran yang bakal kutempuhi..Sungguh pantas masa berlalu. Tak ku sedari bahawa sudah 20 tahun Allah berikan aku nikmat Iman dan Islam yang tidak ternilai harganya. Mudah-mudahan aku tetap teguh pendirian, sentiasa tabah menghadapi setiap kesulitan yang mendatang. Takkan pernah ku lupakan segala kenangan pahit dan manis bersama keluarga, sahabat, teman dan kawan-kawan yang tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar kepada diri ini. Tanpa kalian semuanya tidak mungkin ana dapat mencapai tahap yang ana sekarang..Syukur alhamdulillah Allah kurniaan kalian dalam hidup ini....

Read more...

Thursday, August 5, 2010

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥ 0 · ˙ Doa seorang Akhwat yang merindukan jodohnya ˙ · 0 ♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ


11 ۩ ۩ ۞ ۩ ۩ ۞ ۩ ۩ 1111 ۩ ۩ ۞ ۩ ۩ ۞ ۩ ۩ 1111 ۩ ۩ ۞ ۩ ۩ ۞ ۩ ۩ 11


Ya Allah ....

Aku berdoa untuk seorang lelaki yang menjadi sebahagian hidupku

Seorang yang sungguh mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu

Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri, tetapi untuk-Mu

Dan mengetahui bagi siapa dan untuk siapa ia hidup,

Sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

Seorang yang memiliki hati bijak bukan hanya otak yang cerdas,

Seseorang yang tidak hanya memujaku, tetapi dapat juga menasehatiku bila salah,

Seorang lelaki yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku, tetapi kerana hatiku,

Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi

Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa dihargai sebagai seorang wanita kala berada di sisinya,

Aku tidak meminta seorang lelaki yang sempurna,

Namun aku meminta seorang lelaki yang tidak diduga sehingga aku dapat membuatnya sempurnya di mata-Mu 

_____. ♥ ♫ ♥ ♫ ♥ ♫ ♥ ♥ ♫ ♥ ♫ ♥ ♫ ♥ ♥ ♫ ♥ ♫ ♥. *. *. *. * ..

Ya Allah ....

Buatlah aku menjadi seorang lelaki yang boleh membuat seorang wanita bangga

Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintai-Mu, sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-Mu,

Bukan mencintainya dengan sekadar cintaku

Berikanlah aku mata-Mu, sehingga aku dapat melihat banyak hal dalam dirinya

Berikanlah aku mulut-Mu yang penuh dengan kata-kata bijak dan pemberi semangat,

Sehingga aku selalu dapat mendukungnya setiap hari

Berikanlah aku bibir-Mu, dan aku akan selalu tersenyum kepadanya

Kami bersyukur kepada-Mu yang telah menyatukan kami

Telah memberi kami seorang yang dapat melengkapkan hidup kami menjadi sempurna

Dan Engkau mempertemukan kami pada waktu yang tepat,

Yang akan membuat segalanya indah pada waktu yang Engkau tentukan.

➸ ➷ ➹ ➷ ➸ ➷ ➹ ➷ ➸ ➷ ➹ ➷ ➸ ➷ ➹ ➷ ➸ ➷ ➹ ➷ ➸ ➷ ➹ ➷ ➸ ➷

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku paanya agar tidak berpaling dari hati-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu

agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,

agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,

telah bersatu salam dakwah pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu,

Kukuhkanlah ya Allah ikatannya, kekalkanlah cintanya, tunjukkanlah jalan-jalannya,

penuhilah hati kami ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar,

Lapangkanlah dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu


❤ • • ❤ ☀ - ☀ •. ¸ ¸. • ❤ •. ¸ ¸. • ☀ - ☀ • ❤ • • ❤

Aku adalah bintang terang

Melintas diantara ribuan cahaya

Aku adalah matahari

Hangatkan jiwa yang beku

Andai kau tau

Tubuhku disiram kasih sayang

Ku bagi hangatnya

Lihat aku ...

Bahasa hatiku terdengar merdu

Senandung berirama

Terdengar dari puncak bahagia


• * ¨ * • ¯. ¸ ❤ ¸ ¸. • * ¨ * • • * ¨ * • ¯. ¸ ❤ ¸ ¸. • * ¨ * •

Persembahan hati satu daripada kesetiaan diri

Dituang dalam cawan cinta

Diteguk para bidadari

Bila kau teguk isi dari cawan itu

Maka mereka menuntutmu ke taman bunga

Aku disini, ada anda

Raih pundakku, kau akan rasakan betapa aku sayang kamu

Tatap mataku, lihatlah di dalamnya terdapat cinta

❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤

Ya Allah, andai Engkau berkenan, limpahkan kepada kami,

cinta yang menjadikan pengikat rindu antara Rasulullah dan Khadijah Al-Qubro,

yang Engkau jadikan mata air kasih sayang antara Ali, RA dan Fatimah Az-Zahra,



_____. ♥ ♫ ♥ ♫ ♥ ♫ ♥ ♥ ♫ ♥ ♫ ♥ ♫ ♥ ♥ ♫ ♥ ♫ ♥. *. *. *. * ..



Ya Allah, andai hal itu layak bagi kami, maka cukuplah doa kami dengan ridho-Mu

untuk jadikan kami sebagai suami isteri yang saling mencintai dikala dekat,

saling menjaga kehormatan dikala jauh,

saling mengingatkan dikala senang,

saling menyempurnakan dalam ibadah,

saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan

➸ ➷ ➹ ➷ ➸ ➷ ➹ ➷ ➸ ➷ ➹ ➷ ➸ ➷ ➹ ➷ ➸ ➷ ➹ ➷ ➸ ➷ ➹ ➷ ➸ ➷

ya Allah sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan pernikahan ini

sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti cinta kami kepada sunah Rasul-Mu


Ya Allah ...

Aku tidak meminta orang yang sempurna,

namun aku meminta seorang yang tidak sempurna,

sehingga aku dapat membuatnya menjadi sempurna di mata-Mu


❤ • • ❤ ☀ - ☀ •. ¸ ¸. • ❤ •. ¸ ¸. • ☀ - ☀ • ❤ • • ❤

Seorang yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya

Seorang yang memerlukan doaku untuk kehidupannya

Seorang yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya

Seorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna

• * ¨ * • ¯. ¸ ❤ ¸ ¸. • * ¨ * • • * ¨ * • ¯. ¸ ❤ ¸ ¸. • * ¨ * •

Ya AllaH ...

Terima kasih Engkau telah menciptakan dia

Terima kasih Engkau telah mempertemukan aku dengannya

Terima kasih untuk saat-saat indah yang dapat kami nikmati bersama

Terima kasih untuk setiap pertemuan yang dapat kami lalui bersama


Sucikan hatiku ya Allah,

sehingga aku dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku

Semoga Engkau ridhoi kami untuk bersatu mengarungi sisa umur kami

❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤

Betapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku

pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.
 
SUMBER : http://nubogalalakon.wordpress.com/

Read more...

Wednesday, August 4, 2010

Untukmu Adam dan Hawa

Adam…
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa…
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam…
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa…
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam…
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa…
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam…
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa…
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam…
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam…
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa…
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa…
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.

Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri. Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

Read more...

Tuesday, August 3, 2010

Rindu Dari Perspektif Tasauf

Bismillah...Alhamdulillah..Selawat dan Salam buat Rasulillah s.a.w...

Rindu tidak dapat diterjemahkan dengan bahasa manusia, kerana perbendaharaan perasaan itu lebih luas dari perbendaharaan kata.

Oleh yang demikian, rindu ialah, suatu perasaan yang biasanya timbul, dari suatu kejauhan, perpisahan, dan pemisahan antara dua jiwa yang saling mengasihi.

Dalam dunia sufi, kiblat rindu mereka ialah Allah s.w.t., kerana hanya Dialah, yang ada pada pandangan hidup mereka. Setelah mereka merealisasikan makna "tawajjuh" dengan penuh sidq (kejujuran) kepada Allah s.w.t., maka timbullah satu perasaan membuak untuk semakin hampir dengan Maha Dia, yang hanya di hadapan mereka.

Itulah permulaan rindu hakiki, takkala merindui untuk menghampiri dengan Allah s.w.t. yang mana, mereka menghadapakan wajah (bahkan seluruh kehidupan mereka) kepada-Nya.

Dari rindu yang membara, terhadap Pencipta yang Maha Esa, Sang Perindu memanjat hijab-hijab noda dan dosa, bahkan hijab-hijab cahaya, untuk sekurang-kurangnya menjenguk Dia yang dirinduinya.

Sang Perindu menyingkap satu persatu hijab antaranya dengan-Nya, dengan proses mujahadah (dari kaca mata hamba, anugerah dari sudut Uluhiyah), sehinggalah sampai ke tahap Jazbah yang merupakan jemputan khas dari Dia yang dirindui.

Semakin hampir dengan-Nya, semakin kenal Dia. Semakin kenal Dia, semakin cinta Dia. Semakin cinta Dia, semakin membara rindunya kepada-Nya. Ini kerana, makin dekat dengan Dia, makin tersembunyi Dia dari Sang Perindu.

Di sepanjang jalan sang perindu menuju Dia yang dirindui, tumbuh bunga-bunga cinta Ilahi dalam bentuk makrifat-makrifat, futuhat-futuhat, dan mukasyafat, bagi menyerikan perjalanan sang perindu, hadiah dari Dia yang dirindui.

Dengan kejujuran rindu dalam sang perindu, dia tidak terpukau dan terhenti dek keindahan bunga-bunga cinta-Nya tersebut, lantas terus berjalan kerana yang dirinduinya bukanlah bunga-bunga cinta-Nya, tetapi cinta-Nya, bahkan Dia yang Maha Pencinta.

Rindu dan cinta selari, bergerak bersama. Makin kenal diri sendiri yang serba hina, makin kenal Dia yang Maha Mulia. Sehinggalah, Allah s.w.t. memperkenalkan diri--Nya sesuai dengan kehendak-Nya, dengan musyahadah.

Itulah wusul (sampai) kepada Dia yang dirindui, setelah keluar dari diri yang merindui. Setelah berjaya keluar dari diri yang merindui (hijab An-Nafs yang tertinggi), sampailah dia ke hakikat Dia yang merindui dan dirindui, sedangkan dia tiada rindu dan cinta, melainkan rindu dan cinta-Nya jua.

Ketika itu, kenallah dia, bahawa, Dialah (yang dirindui), sebenarnya yang merindui, dan dialah (sang perindu tersebut) sebenarnya yang dirindui oleh Ilahi s.w.t.. Kalau Allah s.w.t. tidak merinduinya, nescaya dia tidak mampu, bahkan tidak layak untuk mengecapi rindu kepada Allah s.w.t..

Setelah wusul, seorang hamba selalunya bermuamalah dengan-Nya sebagai sang kekasih (AlMuhib). Pada ketika itu juga, Allah s.w.t. memperkenalkan diri-Nya kepadanya sebagai Al-Mahbub Al-Hakiki, sehinggalah hamba tersebut mningkat dan terus menigkat. Apabila sudah tenggelam dalam lautan Ahadiah, maka tiada lahi dua, melainkan Satu, iaitu Al-Habib...

Rindu kepada selain Allah s.w.t. adalah satu kepalsuan.

Oleh itu, rindu ialah anugerah dari-Nya. Sentiasalah berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. menjadikan kita di kalangan mereka yang merindui-Nya dan dirindui-Nya
Amin..

Wallahu a'lam...

Al Fadhil Ustaz Mukhlis @ Al Faqir101

Read more...

Madah untuk Wanita Solehah...

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.


Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu ,


Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.


Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.


Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,


Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.


Salam perjuangan untuk sahabatku ,
Wanita solehah.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"sEsUnggUhnYa bErjAyALaH OrAng yAng sEteLaH mEnErImA pErIngaTaN ItU bErUsAhA mEmbeRsIhKAn dIrInyA dEngAn taAt & AmaL sOLeH DaN mEnyEbUt-nYebUt dEngAn LidAh
& hAtInyA AkAn NaMa TuhAnnYa sErTa mEngErjAkAn sOLaT. TetApI kEbaNyaKaN kAmU uTaMaKaN kEhIdUpAn dUnIa pAdAhAL kEhIdUpAn AkhIrAt LebIh bAiK dAn LebIh
kEkaL" (Al-A'Laa 14-17)


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP