Wednesday, December 7, 2011

IndahNya Bersabar....❤



•~ بِسْــــــــــــــــــمِ اِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ••~

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh..
Alhamdulillah,Allah telah gerakkan hati ana untuk mengupdate status kat blog yg sekian lama telah sunyi sepi begitu sahaja,Hehe ^_^ Apa kabar sahabat2ku semuanya yang dikasihi kerana Allah???...Apa kabar iman didalam hati?? Ana harap semakin lama semakin baik,bertambah kecintaan kepada Allah & Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, Insya'Allah....
Di sini ana tertarik  nak berkongsi tentang tajuk yg orang rasa sangat sukar tuk menghadapinya apatahlagi saat2 ujian yg begitu menghimpit kehidupan kita.... "SABAR"  Apa yg kita faham tentang makna sabar?? Adakah ianya sekadar ucapan manis dibibir tapi penghayatan dalam hati sangatlah kurang sehingga menjadikan kita tidak redha apabila Allah datangnya ujian...Betul x?? Tepuk dada tanya iman masing2 yer~!
Sahabat2 yang ana kasihi kerana Allah,
Rasa sejuk hati ini saat ana terbaca ungkapan mutiara ini dari sepotong hadis di mana kata2 ini ana sentiasa sematkan dalam lubuk hati yg paling dalam dan berharap ianya sentiasa menjadi penawar dalam melalui ranjau2 kehidupan yang semaikn hari semakin mencabar rasa keimanan dalam jiwa ini T_T..Allahuakbar!
"Sungguh Mengagumkan Seorang MUKMIN itu,sesungguhnya seluruh perkara adalah BAIK baginya dan tidaklah didapati pada diri seorang MUKMIN itu..Jika dia merasakan KESENANGAN lantas dia memanjatkan kesyukran  dan itu adalah LEBIH BAIK baginya dan jika KESUSAHAN menerpa maka dia BERSABAR dan itu adalah LEBIH BAIK baginya.." (HR Muslim) Wallahu a'lam~
Sahabatku,apa itu makna SABAR??? ^_^ Ayuh sama2 kita menghayati makna sabar ini...Insya'Allah.
Sabar ialah menawan hati dari di pengaruhi oleh sebarang gelora atau kegenparan hati atau yang menimbulkan perasaan marah dan resah,tidak rela,kecewa,putus asa akibat kesusahan atau ketidak selesaan
Kesabaran meliputi 4 aspek:

Yang Pertama : Tabah & Tekun Beribadah Kepada Allah : Kita Bersungguh dalam menunaikan perintah Allah & menjauhi larangannya semata-mata mengharapkan keredhaan di sisiNya..

Yang Kedua : Menahan diri dari melakukan maksiat.
Yang Ketiga : Mehanan diri dari godaan dunia.
Yang Keempat : Tenang & teguh dalam menghadapi cabaran kehidupan..
Inilah sifat mulia seorang mukmin yang sejati~!
Duhai Sahabat, sabar bukannya untuk disebut-sebut semata-mata tapi ianya perlu diamalkan...Sesuatu yang payah itu pasti punya gantaran besar di sisi Allah...Janji2 Allah tidak pernah dusta kepada sesiapa sahaja yang percaya kepadaNya..
“Mereka itu orang yang dibalasi martabat yang tinggi kerana kesabaran mereka dan mereka di sambut dengan penghormatan dan ucapan selamat didalamnya” {Al-FurQaan 25 : 75}
“Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas” {Az-Zumar 39 : 10}
“Hai orang2 beriman,bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersiap siagalah dan bertaqwalah semoga kamu beruntung {Ali-Imran 3:200}

Sama2lah kita renung2kannya…semoga bermanfaat buat sahabat2ku semuanya,Insya’Allah..
Wassalam~








   

Read more...

Tuesday, June 21, 2011

SURAT BUAT GADISKU


•.¸¸.•´¯`•..•´¯`•.¸¸.•.•.¸¸.•´¯`•..•´¯`•.¸¸.•.•.¸¸.•´¯`•..•´¯`•.¸¸.•



MALU itulah yang menjadi kata hikmat para nabi terdahulu seperti baginda SAW yang bermaksud : " Bila kau tidak malu, buatlah apa yang engkau mahu. " dengan kata lain, bila kau kehilangan sifat malumu, kau boleh melakukan apa sahaja yang kau mahu sekalipun kerja itu seberat-berat kerja dan sejahat-jahat perbuatan. 

BILA KAU TIDAK MALU... KAU BOLEH MEMBUANG SELURUH PAKAIANMU!! 

BILA KAU TIDAK MALU, KAU BOLEH MENYEBUT SECEMAR-CEMAR BAHASA!! 

BILA KAU TIDAK MALU, KAU BOLEH MELACURKAN SELURUH HIDUPMU, KELUARGAMU BAHKAN ZURIATMU!! 


Wai'iaazubillah! sebenarnya kau amat sedar tentang akibat orang yang kehilangan sifat malunya.. kasihan!! di dunia terhina, di akhirat merana.. 


WAHAI GADIS-GADIS.. 




PERTAMA:


˙·٠ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ  Jadilah permata, bukan kaca atau emas bukan loyang atau sutera bukan benang. 


Diet yang pertama ini memerlukan bahan bahan mentah yang asli bukan tiruan. tentulah bahan-bahan asli terdiri daripada:-

1. IKHLAS HATI KEPADA ALLAH 

2. BERSIKAP BENAR DALAM SEGALA KEADAAN 

3. TETAP PENDIRIAN DALAM PERJUANGAN 

4. MENURUT JEJAK LANGKAH RASULULLAH SAW ATAU HIDUP DALAM LINGKUNGAN SYARA' 

5. SENTIASA REDHA DENGAN QADA' ALLAH. 

6. GIGIH BERIKHTIAR SEBELUM BERTAWAKAL/ BERSERAH DIRI 

7. MENINGGALKAN JAUH SEGALA SIFAT NIFAK ATAU KEPURA-PURAAN 


Apabila bahan itu di adun baik, pastinya kau kelihatan cantik seperti sebutir permata di tengah-tengah pepasir, bukan kaca yang bakal cair mengalir. biarlah pakaimu ditenun dengan TAQWA, biarlah gerak langkahmu di sulam dengan rendah diri sentiasa. 



KEDUA:
˙·٠ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ  Jadilah ubat bukan penyakit, atau mawar bukan racun. 


Ramuan ubat tentulah bahan-bahan yang kebanyakkannya pahit atau sekuntum mawar tidak mudah dipetik namun, amat berguna. Ramuan ubat tersebut ialah: 


1.  SABAR YANG INDAH DALAM MENEMPUH MEHNAH/UJIAN.

2. BERSEDIA DITEGUR DAN DIKRITIK KERANA ORANG YANG BERLAPANG DADA ITULAH YANG AKAN MENINGKAT TINGGI.. 
wau yang tinggi ialah wau yang sanggup menempuh angin,bukan menurut angin. 

3. BANYAK MEMBERI BUKAN MENERIMA.. 
SUDAH TENTU SEBELUM MEMBERI PERLU MEMILIKI SEBAB ORANG YANG TIDAK PUNYA SESUATU TIDAK MAMPU MEMBERI SESUATU.. berkhidmat dahulu,hasil menyusul kemudian. 

4.  SENTIASA BERFIKIRAN BESAR DAN MENGATUR PERSEKITARAN MENJADI KELAS PERTAMA. 

5. BERTINDAK MENCARI KEJAYAAN DAN MENCIPTA PELUANG, BUKANNYA BERSEDIA MENCARI ALASAN UNTUK SEBUAH

KEGAGALAN. 

6. MEMBUANG TIGA SIFAT ORANG-ORANG KECIL SEJAUH MUNGKIN IAITU, MEMBUANG MASA, BANYAK MENGURUSKAN

HAL-HAL KECIL DAN SUKA BERTENGKAR DAN BERDEBAT. 


Semua ramuan diatas berupa SABAR, LAPANG DADA, BERKHIDMAT, BERFIKIR BESAR, BERTINDAK DAN MEMBUANG SIFAT ORANG-ORANG KECIL MERUPAKAN UBAT DAN MAWAR KEHIDUPAN CEMERLANG. 



KETIGA:
˙·٠ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ  Jadilah penyuluh bukan pembunuh.. 


Nama resipi ini sudah cukup menggambarkan betapa menariknya kuah hidangan. Jernih tetapi berkilauan apabila tersentuh sedikit cahaya. Pantulan cahayanya kuat,mudah menerima sinar dan tembus oleh sinar itu. antara bahan yang diperlukan itu ialah: 

1. IBADAH SYAKSIYYAH 

2. NASIHAT DAN KATA HIKMAH 

3. BUDI PEKERTI MULIA DAN ADAB SOPAN BERHARGA 

4. PANDUAN SIRAH DAN HADIS-HADIS NABI SAW. 

5. PETUNJUK ALLAH YANG UTAMA IAITU AL-QURAN YANG MULIA. 


Adunan bahan-bahan itu menjadikan tenaga yang berkualiti, cas yang sentiasa hidup. sesiapa yang berada dalam kegelapan tentu memerlukan sinar cahaya maka, inilah sinarnya untuk menyuluh jalan hidup: AL-QURAN, HADIS,AKHLAK, NASIHAT dan IBADAH. Cubalah.... dan engkau wahai GADIS-GADIS akan jadi penyuluh .. kalau bukan penyuluh, maka yang lainnya tidak ada lagi selain PEMBUNUH....



SumbEr : hAmbA ALLaH yAng kErdiL LagI hInA (^_^)v

.¸¸.•´¯`..•´¯`.¸¸...¸¸.•´¯`..•´¯`.¸¸...¸¸.•´¯`..•´¯`.¸¸.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"sEsUnggUhnYa bErjAyALaH OrAng yAng sEteLaH mEnErImA pErIngaTaN ItU bErUsAhA mEmbeRsIhKAn dIrInyA dEngAn taAt & AmaL sOLeH DaN mEnyEbUt-nYebUt dEngAn LidAh
& hAtInyA AkAn NaMa TuhAnnYa sErTa mEngErjAkAn sOLaT. TetApI kEbaNyaKaN kAmU uTaMaKaN kEhIdUpAn dUnIa pAdAhAL kEhIdUpAn AkhIrAt LebIh bAiK dAn LebIh
kEkaL" (Al-A'Laa 14-17)


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP