Thursday, February 25, 2010

-soLat-

Apabila manusia semakin jauh dengan Allah dan tidak mahu mengikut perintah-Nya, Allah akan membiarkan manusia itu rosak dengan jalan yang dipilihnya sendiri.

PEMBANGUNAN YANG TIDAK SEIMBANG

Alangkahnya bagusnya jika segala kemajuan yang tercipta ini digunakan sebagai peluang untuk membangunkan diri sendiri ke arah hidup yang lebih cemerlang dan berjaya. Tetapi dalam dunia yang meluncur maju ini, ramai manusia yang tewas atas desakan nafsu sendiri. Semakin hari lebih banyak berita tentang keruntuhan moral remaja kita. Akhlak-akhlak yang terpancar runtuh merundum menyembah bumi. Sekadar terlibat dengan dadah, rogol dan mencuri sudah menjadi perkara biasa. Sekarang isu remaja membunuh sudah menjadi faktor utama.

Mangsa-mangsa bunuh boleh menjadi sesiapa sahaja, kawan hatta ibubapa sendiri untuk mendapat apa-apa sahaja yang dihajati. Rasa-rasa macam tidak percaya. Tetapi itulah hakikatnya. Begitu kroniknya keruntuhan akhlak anak-anak zaman sekarang, yang dialami oleh masyarakat kita.

Semua kejadian yang berlaku ini, menginsafkan kita untuk mencari dimana silapnya pendidikan yang diterima oleh anak-anak sekarang, yang akhirnya sanggup membunuh seorang untuk memuaskan hati sendiri . Apabila syaitan menguasai diri, apa saja boleh dilakukan

Emosi jahat yang berada dalam diri, sudah tidak tidak dapat dibendung lagi. Mungkin atas alasan cemburu, dendam, cinta tidak terbalas dan apa saja alasan yang ada. Pelbagai alasan boleh diberikan untuk membiarkan syaitan menguasai diri. Bila terlalu mengikut nafsu, dan fikiran tidak berfungsi lagi akhirnya tidak sedarkan diri terdoronglah untuk melakukan perkara-perkara yang diluar dugaan. Terjadilah peristiwa membunuh secara sedar atau tidak.

INGAT KEPADA TUHAN

Kita kena kembali kepada peraturan yang telah ditentukan oleh Allah. Kewajipan untuk menunaikan solat lima waktu hendaklah ditekan sejak anak masih kecil lagi. Solat lima waktu jika dengan kemas sudah cukup untuk mengingatkan manusia kepada Tuhan Maha Pencipta. Solat lima waktu juga merupakan pendinding dan senjata kepada manusia agar tidak terjebak dengan perkara-perkara yang jahat ataupun terlibat dengan kes pembunuhan. Jika manusia memelihara solat lima waktu, Allah juga akan menjaga dirinya agar terhindar dari melakukan dosa-dosa besar.

Tetapi apabila manusia semakin jauh daripada Allah, dan tidak mahu mengikut perintah –Nya, Allah akan membiarkan manusia itu rosak dengan jalan yang dipilihnya sendiri.Kerana telah menunjukkan jalan-jalan yang selamat untuk dilalui. Apabila manusia tidak mempedulikan perintahnya mudah pula bagi syaitan dan nafsu menguasai diri.

Apabila kita hendak sembahyang, terlebih dahulu kita kena mengambil wuduk untuk mengambil membersihkan diri. Air wuduk itu sangat berfungsi untuk meringankan beban @”stress” yang dialami oleh seseorang. Syaitan-syaitan yang berada akan lari bertempiaran kerana takut dengan basahan air wuduk.

Semestinya perintah menunaikan solat ini menjadi pegangan utama kepada kita semua.Sesungguhnya solat yang dilakukan dengan betul dan mengikut tertibnya, mampu membangunkan kesihatan mental dan fizikal seseorang justeru jika dilakukan setiap hari, ia akan memberi kesan yang sangat membina kepada kejayaan rohani dan jasmani manusia itu.Itulah motivasi diri yang terbaik dalam diri

Read more...

ReNuNgaN

Untuk Wanita - dari Dr. Fatmah Az-Zahrah ...

Yang istimewa ustazah bagi amalan untuk menjaga
keperempuanan kita supaya sentiasa jadi macam "abqaro" menurut ayat dalam surah Al Waqi'ah. Abqaro ni perawan yang sentiasa menjadi perawan.


Haa... tu dia. Ayat ni untuk jaga luar dalam atas
Dan bawah (oopps...censorred). Elok untuk orang yang lepas bersalin, elok juga untuk di amalkan setiap hari bagi perempuan yang sudah berkahwin.


Caranya : 1. Lepas Isya' ambil air segelas, baca Al Fatihah
sekali, ayatul Qursi sekali, dan surah Al Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
2. Tiup dalam air dan minum.
3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri
kita untuk kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38 :
[56.35] Sesungguhnya Kami telah menciptakan
isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
[56.36] Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),
[56.37] Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang
sebaya umurnya.
[56.38] (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;

Wallahuwa'lam.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"sEsUnggUhnYa bErjAyALaH OrAng yAng sEteLaH mEnErImA pErIngaTaN ItU bErUsAhA mEmbeRsIhKAn dIrInyA dEngAn taAt & AmaL sOLeH DaN mEnyEbUt-nYebUt dEngAn LidAh
& hAtInyA AkAn NaMa TuhAnnYa sErTa mEngErjAkAn sOLaT. TetApI kEbaNyaKaN kAmU uTaMaKaN kEhIdUpAn dUnIa pAdAhAL kEhIdUpAn AkhIrAt LebIh bAiK dAn LebIh
kEkaL" (Al-A'Laa 14-17)


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP