Saturday, August 7, 2010

DARI SAHABAT UNTUK SAHABAT



Apabila bersahabat, diri sendiri dan sahabat harus mempunyai tanggungjawab dan punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita dan sahabat saling boleh menerima gurauan. Oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jangan terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat dengan sahabat seperti tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif seperti gaji, kenaikan pangkat dan hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan dan keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Jangan membuat muka belagak dan sombong, atau menghentak-hentakkan kaki dan barang apabila kita membuat kesalahan supaya kesalahan itu dapat menutup kesalahan kita.

8. Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulu tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

9. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu ‘busy body’ dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikirkan kesannya kepada sahabat kita.

10. Menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat. Beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan dan kita hanya menyekat perhubungan dengan insan lain.

11. Jika salah seorang marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jangan dibalas, berdiam dan tunggu hingga dia reda dan sejuk. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap orang ada lautan hati yang pasang surut.

12. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar dan angguk. Itu lebih baik daripada membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

13. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita.
Contohnya : kekayaan, kecantikan dan sebagainya.Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurnia oleh Allah S.W.T.

14. Jagalah hati sahabat sebagaimana kita mahu sahabat kita menjaga hati kita. Kalau kita pandai menjaga hati orang lain, begitulah sebaliknya orang lain akan lakukan kepada kita dan begitulah sebaliknya.

Cuba periksa diri kita,
adakah hari ini kita merupakan sahabat yang baik untuk sahabat kita. Atau hari ini kita dapati sahabat kita makin menjauhkan diri dari kita? Tepuk dada tanya IMAN...........


Rasulullah S.A.W bersabda : “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.”

Apabila seorang bertanya :-“Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?”

Rasulullah S.A.W bersabda :-“Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

1 ulasan:

cinta bakar August 9, 2010 at 9:18 AM  

Assalamualaikum..minta kebenaran cinta share ya...may ALLAH bless us

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"sEsUnggUhnYa bErjAyALaH OrAng yAng sEteLaH mEnErImA pErIngaTaN ItU bErUsAhA mEmbeRsIhKAn dIrInyA dEngAn taAt & AmaL sOLeH DaN mEnyEbUt-nYebUt dEngAn LidAh
& hAtInyA AkAn NaMa TuhAnnYa sErTa mEngErjAkAn sOLaT. TetApI kEbaNyaKaN kAmU uTaMaKaN kEhIdUpAn dUnIa pAdAhAL kEhIdUpAn AkhIrAt LebIh bAiK dAn LebIh
kEkaL" (Al-A'Laa 14-17)


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP