Thursday, January 13, 2011

(◕‿◕✿) tEmAnKu (◑‿◐)



teman
bila rasa ingin menangis..
hubungilah aku..
bukan aku nak suruh kau berhenti menangis...
jumpalah aku..
untuk aku melihat kehangatan tangisanmu
tapi mungkin aku boleh menangis bersamamu
kerana dulu juga
kau di sisiku melihat aku menangis menginsafi diri
kau di depanku memujuk aku berhenti menangis bertenang diri
kau di belakangku mendoakan kita
agar tangisan itu mengingatkan kepadaNYA




teman
jika terasa tiba2 nak melarikan diri...
jauh dari masalah...
hubungilah aku...
aku takkan suruh kau berhenti berlari..
tapi..
mungkin aku akan berlari bersama kau agar masalah kau boleh dikurangkan
tapi mana mungkin kau boleh menang dalam perlarian itu
kerana bahu yang memikul itu lebih berat
daripada orang yang memandangnya..
izinkan aku berlari bersama kau
KITA MENANG!!!
sama sama ke garisan penyelesaian





teman
jika tiba2 kau ditinggalkan kekasih kau..
beritahulah aku..
aku tidak akan memaki hamun x-pakwe kau..
buat ape pulak aku mencari x-pakwe itu
tapi..
aku akan cuba buat kau cintai diri kau sendiri...
aku akan cuba buat engkau kenal hidup ini
kerana itu tanggungjawabku sbg teman
kerana aku pernah berpesan
"SAYANGILAH DIRI SEBELUM MENYAYANGI ORANG LAIN"
ingatkah dikau???

teman
jika kau kecewa keluargamu tak bahagia..
beritahulah aku..
aku takkan buat kau benci kepada ibu bapa kau..
aku takkan buat kau lari darpada mereka..
tapi..
terimalah segala ketentuan qada' & qadar Allah...
kita semua sedang diuji..
mana mungkin ada IMAN
mana mungkin ada TAQWA
TANPA KITA DIUJI???
jika hidup senang lenang dengan dunia..
untuk dapat jannah yang dijanjikanNYA



teman
jika kau kecewa dengan perkahwinan kau suatu hari nanti...
ceritalah pada aku..
aku takkan sebut nama pasanganmu itu...
lagikan pula untuk ditemui
tetapi..
jadilah teman yang lebih beriman...
yang kenal erti hidup sebenar
yang kenal harga diri yg diberi
yang kenal Tuhan yang Esa
memang berpasang pasangan itu fitrah kejadian
INGAT!!!
di situ juga kita tetap diuji

tetapi teman...
jika suatu hari aku berdiam diri..
tiada mesej dan call yang aku jawab
tiada perhubungan yg aku hubungkan
tiada berita yang aku sampaikan
tiada aku di tempat biasa kita temui
tiada sajak yang aku lafazkan
tiada salam yang aku jawab
tiada tangisan aku yang kau dengari
tiada indah rupa yang kau lihat
tiada nafas yang aku hembuskan
mungkin aku di batasan jendela dua dunia yang berbeza
mungkin juga aku...
di saat itu aku perlukanmu





di saat itu...
cukuplah sekadar
doa penghubung saudara saudara Islam
doa jambatan ukhuwwah yang terbina indah
doa lautan kasih yang mengalir
teman..sahabatku..

shah da' raudhah

segala puji bagiMU ya Allah
aku menangis bukan kerana kepura puraan
aku menangis bukan kerana kegagalan
...tapi Tuhanku ya Rahman...
tangisan ini aliran hati yang telah KAU kurniakan
menemukan daku dengan sahabat
membina ukhuwwah yang Engkau redhai
moga kekal dengan rahmatMU
agar aku dapat mencari
keredhaanMU
dalam hidup dan matiku
...amin...


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"sEsUnggUhnYa bErjAyALaH OrAng yAng sEteLaH mEnErImA pErIngaTaN ItU bErUsAhA mEmbeRsIhKAn dIrInyA dEngAn taAt & AmaL sOLeH DaN mEnyEbUt-nYebUt dEngAn LidAh
& hAtInyA AkAn NaMa TuhAnnYa sErTa mEngErjAkAn sOLaT. TetApI kEbaNyaKaN kAmU uTaMaKaN kEhIdUpAn dUnIa pAdAhAL kEhIdUpAn AkhIrAt LebIh bAiK dAn LebIh
kEkaL" (Al-A'Laa 14-17)


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP